SALAH FAHAM MAKSUD FITNAH

MAKSUD "FITNAH LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH"


Firman Allah SWT

والفتنة أشد من القتل / والفتنة أكبر من القتل

Terjemahannya " FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan" dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan" (Al-Baqarah 191 dan 217)

Maksud FITNAH.

Para ulama mentafsirkan kalimah FITNAH di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Di antaranya ialah:

1) Syirik atau Kufur.
2) Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yang beriman.
3) Usaha untuk memurtadkan org Islam.
4) Azab akhirat
5) Ujian dan bala bencana
6) Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak yg menyeleweng.

Inilah kesimpulan maksud fitnah di dalam ayat tersebut.

Salah Faham.

Sebahagian kita memahami bahawa FITNAH yg disebut di dalam ayat ini termasuk 'TUDUHAN' secara umum. Lantas kita apabila adnya sesuatu tuduhan yang berlaku walaupun sekecil mana sekalipun, kita terus berhujjah dengan ayat ini. Hakikatnya kita telah tersalah dlm berhujjah dengan ayat ini. Ini kerana tiada seorang ulama pun (setakat penelitian saya) yg mentafsirkannya dengan makna tuduhan.

Imam Jalaluddin AsSuyuthi di dalam kitabnya 'AL-ITQAN' menyebut bahawa kalimah FITNAH digunakan di dalam Al-Quran dengan 15 maksud, tetapi tidak ada maksud "TUDUHAN" .

Dari sudut bahasa arab pula, kalimah FITNAH mempunyai banyak maksud tetapi juga tidak ada maksud 'TUDUHAN. (Lihat Qamus Muhith ms 1100)

Perbezaan dua bahasa.

Kadang-kadang satu-satu kalimah digunakan oleh berbagai-bagai bahasa tetapi mempunyai maksud yang berbeza diantara satu bahasa dengan yg lain. Ini seperti kalimah FITNAH yang beerti tuduhan di dalam bahasa melayu tetapi berbeza maksudnya di dalam bahasa arab.

Wajah dan Hati Yang Cantik



Tak perlu beli kosmetik yang mahal-mahal. Cubalah petua di bawah..

• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdo’a.

• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkomunikasi pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.

• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Berbaik sangka itu indah (^_~)

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Muslimah vs Putus Cinta | Tips Mengatasi Putus CINTA



Bismi

- www.iluvislam.com -

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Sumber : I Luv Islam

Drama , filem & wayang


Pada hari ini, hampir mustahil untuk berjumpa dengan isi rumah yang tidak punya sekurang-kurangnya
sebuah televisyen (TV). Penggunaan TV telah dibahas panjang oleh para ulama, dan tidak perlu rasanya untuk menghurai secara lanjut. Cukuplah kita fokus kepada pendapat yang paling ringan, yakni mengatakan penggunaan TV adalah HARUS. Semua sedia maklum bahawa alat teknologi ini sekadar bertindak sebagai suatu alat pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini boleh dilihat sama ada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Ia ibarat pedang, ditangan mujahid ia digunakan untuk berjihad manakala ditangan perompak pula digunakan untuk kejahatan.

Ini yang disokong oleh ulama kontemporari, Syeikh Yusof Qaradhawi menerusi bukunya, Al-Halal Wal Haram Fil Islam. Namun pandangannya itu juga disertai dengan beberapa SYARAT yang perlu dipatuhi. Tetapi amat malang sekali, umat Islam kini mengambil kesempatan terlampau mengambil mudah dalam soal ini sehingga meringan-ringankan syarat yang ditetapkan. Kita mahu berbincang dan bertanyalah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita mematuhi syarat yang ditetapkan di mana penggunaannya dilakukan dalam kerangka yang dikatakan harus, tidak berubah kepada haram?


Penayangan aurat

Sudah menjadi lumrah, setiap rancangan di TV pasti tidak terlepas daripada menunjukkan pendedahan aurat. Ini termasuklah slot iklan, rancangan berita sekalipun, malah rancangan yang dicanang-canangkan sebagai ‘drama islamik’ juga tidak terlepas dalam soal ini. Apakah dibolehkan untuk menonton pendedah aurat ini? Menurut fatwa ulama al-Azhar, hukum melihat aurat di kaca TV adalah DIHARUSKAN dan ini disokong juga oleh fatwa lajnah ulama Kuwait. Namun, ianya disyaratkan tidak mengandungi elemen berlebih-lebihan sehingga merangsang nafsu. Kita kira dengan mengambil pandangan para ulama ini, adalah tidak muktamad lagi kerana turut disertai dengan syarat lanjut. Kita akan terus bincang dengan lebih teliti.


Elemen maksiat

Adegan merokok, minum arak, pergaulan bebas, dan lain-lain lagi sering dijadikan selitan sebagai pelengkap suatu rancangan drama dan filem. Walaupun sesetengah plot mempamerkan pengajaran namun kebanyakan plot lagi mempromosikan secara langsung kemaksiatan tesebut. Lihatlah lambakan filem Hollywood tidak kira genre aksi, seram, cinta mahupun lain-lain, pasti akan mempamer gaya hidup sosial mereka. Drama korea yang digilai oleh majoriti kaum wanita pula penuh dengan ketaksuban kisah cinta. Tidak banyak pengajaran terkandung melainkan mempromosikan sebuah kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, ditambah dengan plot konflik yang melanda mereka dan akhirnya diakhiri dengan kejayaan penyatuan mereka di penghujungnya (Adakah SEKS?). Mudah bukan jalan ceritanya yang kini boleh dihafal skrip oleh budak sekolah rendah sekali pun.


Merangsang nafsu

Tak perlu nak dihurai panjang juga, kerana sudah dihuraikan dalam artikel 'lelaki dan blue' sebelum ini. Semua orang pasti tahu wanita sering dieksploitasi untuk tujuan meningkatkan rating drama atau filem mereka. Adegan-adegan jijik wajib untuk diselitkan dalam setiap filem Hollywood. Paling tidak pun, drama dari jepun sering menjaja seorang watak heroin berwajah menggoda. Nah, tanyalah diri anda sejujurnya, mampukah anda mengawal nafsu melihat filem atau drama sebegini? Tidak ternaikkah sedikut pun nafsu seketika watak tersebut beraksi? Dan kaum wanita juga tidak terlepas. Tidak perlu menipu diri, masakan gambar Ikuta Toma dijadikan gambar profile di facebook, huh?


Campuran lelaki dan perempuan

Tidak cukup menonton TV di rumah, sudah menjadi trend kini untuk masyarakat kita menonton wayang. Menonton wayang umpama gaya ‘menonton TV’ secara berskala besar, yakni menonton secara beramai-ramai. Maka keadaan sekeliling turut memainkan peranan dalam menentukan hukumnya. Sebagai tambahan daripada syarat yang dibincangkan tadi, Syeikh Yusof Qaradhawi menambah, perlu elak dari bergaul di antara lelaki dan perempuan ajnabi dan lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap! Apabila melihat fenomena menonton wayang pada hari ini, apakah anda masih berfikir ianya dalam kerangka syarat yang ditetapkan?


-------

Sudah tiba masanya kita semak kembali penggunaan TV dan wayang oleh kita sendiri. Kita bukan menyuruh anda untuk mencampak TV ke sungai, tetapi tidak mahu menjadikan teknologi sebagai pemudah cara untuk melakukan dosa-dosa besar yang lain. Jadi, sudah menjadi satu keperluan untuk setiap orang mempunyai suatu ‘filter’ yang mampu bertindak memilih rancangan yang mampu memanfaat diri dan membuang rancangan yang membawa kemudaratan. Ini yang ditekankan oleh Syeikh Yusof Qaradhawi lagi,

Setiap insan itu adalah ibarat mufti bagi dirinya sendiri. Ia berupaya menutup pintu keburukan dan kerosakan terhadap dirinya. Jika tidak berupaya menghalang dirinya, maka lebih baik tidak terjebak dengan sistem yang bakal membuka pintu kejahatan!