Ketika cinta bertasbih :)

Beautiful love poem in ketika cinta brtasbih by Ayyatul Husna & Anna AlthaFunnisa :)

Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar...
Mengubah cuka jadi anggur...
Mengubah sedih jadi riang...
Mengubah amarah jadi ramah...
Mengubah musibah jadi muhibbah...
Itulah cinta!

****

Sekalipun cinta telah ku uraikan,

Dan ku jelaskan panjang lebar,

Namun jika cinta ku datangi,

Aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang...

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...

Kata-kata pecah berkeping-keping,

Begitu sampai kepada cinta...

Dalam menguraikan cinta,

Akal terbaring tak berdaya,

Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan!



P/S:Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

Aminn YA RABB :)


Apa Yang Jadi Pada Akaun Facebook Kita Selepas Kita Mati?


mari kita renung-renungkan bersama :)
petikan dari Oh Dunia 5 Julai, 2011

fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi

sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~


Alhamdullilah

Bersyukurlah pada orang yang menyakitimu kerana dialah yang menabahkanmu...
Bersyukurlah pada orang yang tidak endahkan kamu kerana dialah yang mengajar kamu berdikari...
Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah yang meningkatkan abiliti kamu...
Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah yang menguji kesabaranmu...
Bersyukurlah dengan semua ujian dari-NYA kerana semuanya meningkatkan iman kamu...

Ku bukan sempurna :'(

"Setiap anak adam itu PASTI akan melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat" (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, hasan)


Ya Allah...Betapa banyaknya dosa ku....
Ampunkan daku....
Sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penyayang terhadap hamba2Mu...
Aminnn...
Aku rela...
Jika diri dibenci oleh hambaMu yang lain...
Tetapi, aku tidak sanggup...
Dibenci olehMu Ya Allah...
Sayangilah daku,tunjukkanlah daku jalan yang benar...
:)))




Subhanallah, so sweet :)

Cinta Itu Seperti Garam ^_^

(Artikel dari www.iluvislam.com)

Amir dan isterinya sedang berada di dapur.

"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini."

Amir tersenyum.

"Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah."

Aisyah berkata,

"Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Aisyah. Abang sudah seharian bekerja untuk mencari rezeki. Kini giliran Aisyah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk Aisyah."

Amir berkata,

"Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Aisyah. Bukan selalu Aisyah dapat merasa masakan abang. Aisyah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Aisyah?"

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Aisyah."

Amir tersenyum dan membalas,

"Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Aisyah akan merayu-rayu meminta abang supaya memasak untuk Aisyah."

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Aisyah tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin bertambah sedap."

Amir tersenyum dan bertanya kepada Aisyah.

"Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?"

Aisyah menjawab,

"Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."

Amir menjawab,

"Boleh sayang tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah, sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang."

Aisyah tersenyum dan menolong suaminya.

"Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."

Amir menjawab,

"Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."

Aisyah tersenyum.

"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"

Amir tersenyum dan menjawab,

"Abang mungkin kalah dengan Aisyah dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan Aisyah dalam soal cinta."

Aisyah tersenyum dan Amir meneruskan kata-katanya,

"Abang berikan cinta abang kepada Aisyah dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Aisyah, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Aisyah tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta."

Amir tersenyum.

"Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang."


P/S: Betol3 ! Saye sokong cerita nih...love is like salt...don't put too much and not too little... hee :))