Pembahagian hati ...


1. HATI YANG SIHAT


~Hati yang sihat adalah hati yang akan berjaya menemukan pemiliknya dengan Allah SWT di hari kiamat nti dgn pnuh kebahagiaan dan kegemilangan. Hal ini sepertimana dikhabarkan Allah menerusi firmanNya bermaksud sebagai berikut:

"Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta benda & anak anak, kecuali orang yang datang menghadap Allah dgn hati yang selamat(sihat)" -Asy Syuara' 88-89

~Hati yang sihat juga mesti terlepas dari segala jenis dan bentuk syirik iaitu menduakan Allah.

~jika ia suka atau cinta, maka hanya kerana Allah, kalau ia benci dan marah, kerana atas dasar Allah.

~Hti yang sihat adalah hati yang boleh & mampu mengendalikan lisan,pemikiran & idea yg dihasilkan oleh akal berdasarkan hukum & ketetapan Allah SWT.

~Hati yg sihat juga adalah hati yg sntiasa terpancar di dalamnya cahaya keimanan.


2.HATI YANG MATI


~Hati yg mati adalah sama sekali tidak memiliki jiwa & roh. Ia tidak mengetahui siapa Tuhannya,apalagi menyembahNya .

~Hati yg mati hnya tenggelam dalam arus kemaksiatan & keseronokon belaka. Sekalipun dia mengetahui yg sebenarnya bahawa Tuhan murka & marah ke ats nya.

~Hati yg mati adalah hati para penyembah & pemuja selain drpd Allah SWT.

~jika ia suka atau cinta terhadap sesuatu hanya ats dasar kerana nafsu semata mata.

~semua yg dilakukan nya hanya menurut hawa nafsunya sendri.

3.HATI YANG SAKIT


~Hati yang sakit sentiasa mnghadapi dua ujian.

a.Pertama, padanya terdapat tarikan yg membawa kpd mencintai Allah, RasulNya dan merindui hari akhirat.

b.Kedua, terdapat unsur unsur yg memperdaya ke arah kehidupan dunia semata mata dgn jalan bertuhankan nafsu dan mengabdikan diri pada harta benda.

Sememangnya, syaitan dgn berbagai cara, melalui rayuan yg dinyatakan dgn perkataan , pendengaran dan pancaindera yang lain berusaha menyesatkan manusia sehingga mematuhi arahan dan perintahnya. Ia menanamkan perasaan syakwasangka ke dlm hati manusia sepertimana firman Allah:

"Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia"
(An Nas: 5-6)



No comments:

Post a Comment