Hanya Allah Yang Maha Mengerti :)






Ya Allah..
Sesungguhnya daku hanya seorang hambaMu yang kerdil lagi hina..
Seluruh jasad dan roh ku ini 100% adalah milikMu..
Meskipun daku bisa menyembunyikan perasaan sedih, duka atau gelisahku, dari pandangan makhlukMu,
Tetapi daku sedar..
bahawa Engkau Mengetahuinya..kerana Engkau Maha Mengetahui segala isi hati..

Kadangkala..
Hidupku diuji..
Dari pelbagai aspek ; baik dari segi zahiriah mahupun batiniah..
Daku menjadi keliru..
Apa yg harus ku lakukan Ya Allah?
Acap kali diri digoda oleh sang nafsu..
Yang hanya inginkan kebahagiaan dan kelazatan duniawi..
Ampunkan dosa dan khilafku Ya Allah !

Setiap hari dan detik yang ku jalani..
Terselit di dalamnya dosa dosa..
Sama ada yang ku sedar ataupun tidak sedar..
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..
Aku merasa sungguh hina dan jijik..
Tatkala diri hina ini datang menghadapMu..
Namun ku sematkan ayatMu di dalam hatiku..
Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran,
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir"(Surah Yusuf: 87)'.
AyatMu inilah yang terus memberi sinar harapan kepadaku..
Agar berusaha sedaya upayaku untuk mengejar rahmatMu,
tanpa berputus asa..
Meskipun daku tidak akan pernah lari dari berbuat dosa..
Kerana daku tahu..
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih..




Ya Allah !
Ampunkan dosaku...
Bantulah aku...
Berilah sang diri yang hina ini petunjukMu...
Kekalkan daku berada di dalam payungan rahmatMu Ya Ilahi :)


AMINN YA RABB :)

No comments:

Post a Comment