Iktibar buat si hawa

dipetik dari: wana93.wordpress.com






CALON AWEK :


- Mudah diajak keluar untuk ber“dating”.

- Gemar bersosial tak kira dengan siapa.

- Senang dipengaruhi dengan ayat-ayat cinta dusta.

- Mendedahkan aurat untuk kepuasan mata melihat nikmat maksiat.

- Mudah didekati dan disentuh-sentuh.

- Jual murah dengan melayan semua lelaki.

- Senang diajak ber“couple” dan bermain mesej-mesej berwarkah biru.

- Tidak pandai menjaga maruah dan harga diri.

- Iman yang goyah dan selalu rapuh.

- Jahil dan tidak peduli dalam bab agama.

- Tidak menjaga batas-batas pergaulan.

CALON ISTERI :



- Payah dan sukar nak diajak keluar “dating” berdua. Memang tak pernah berjaya pun. “Dating” hanya bersama yang halal.

- Bersosial mengikut keperluan. Pandai memilih kawan.

- Sukar dipengaruhi dengan godaan ayat-ayat cinta.

- Sentiasa menutup dan memelihara auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi.

- Pandai memelihara diri sendiri. Sukar didekati dan disentuh.

- Jual mahal dengan lelaki yang ingin men“tackle”nya.

- Sukar dan amat payah dipujuk rayu untuk diajak ber“couple” dan tidak pernah melayan mesej-mesej berwarkah biru yang melalaikan.

- Pandai menjaga maruah dan harga diri.

- Sentiasa menjaga kualiti iman agar tidak rapuh dan goyah.

- Pandai dan amat menitikberatkan soal agama.

- Menjaga batas-batas pergaulan.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)

Ingatlah wahai muslimah, jangan terlalu percaya dengan pujuk rayu dan kata-kata cinta dusta daripada lelaki. Fikirlah jangka masa panjang. Jangan pernah berjanji setia atau menyerahkan segala kepercayaan dan kasih sayang kita kepada si dia yang masih belum sah dan halal untuk kita.

Andai belum bersedia, mengapa sibuk ingin bercinta? Tidakkah itu hanya akan melalaikan hati dan jiwa kita daripada mengingati Allah? Tidakkah itu hanyalah jalan untuk menambahkan dosa kita? Salutkanlah rasa taqwa dan malu pada Allah.

Ingatlah segala titik peluh dan keringat ibu bapa kita. Mereka menghantar kita ke sekolah atau ke universiti atau ke mana sahaja untuk kita BELAJAR. Tumpukanlah pada BELAJAR dahulu. Bila sudah selesai BELAJAR, dah pandai cari duit sendiri, dah bersedia sepenuhnya, barulah kita buat apa yang patut. Jika diri dan segala keperluan masih belum tersedia dan bersedia, tetapi sudah ada calon, ‘list’kan sahaja calon-calon itu. Berkawan tidak salah. Tetapi, berkawanlah mengikut keperluan. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Bila tiba masanya, mintalah petunjuk Allah.

Saya sering memberi peringatan untuk diri sendiri agar tidak terjerumus ke dalam perkara maksiat yang boleh merosakkan hati dan diri. Saya juga sering ingatkan hati dan diri saya agar tidak menyukai seseorang itu bersangatan dan tidak melayan perasaan suka, sayang atau cinta yang kadang-kadang pernah terlintas di fikiran. Kerana makin kita layan, makin syaitan masuk ‘line’. Maklumlah, itu semua lumrah. Biarkan sahaja. Sibukkan diri dengan perkara-perkara bermanfaat dan amal ibadah agar kita lupa pada bisikan-bisikan syaitan yang menyuruh kita melakukan maksiat pada Allah. Tumpu pada tujuan utama kita, iaitu, BELAJAR. Bersihkan hati dan fikiran daripada segala perkara-perkara ‘lagha’ iaitu melalaikan. Ikhlaskan hati dan niat LILLAHI TA’ALA.



Ingatlah wahai muslimah, kita ini adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Saya menyeru diri saya sendiri dan para muslimah sekalian, marilah kita mengamalkan sikap ‘fastabiqul khairat’ iaitu berlumba-lumba dalam kebaikan untuk mendapat gelaran wanita solehah pada pandangan-Nya. Jagalah maruah dan harga diri kita. Peliharalah, agar jodoh kita juga terpelihara. Mudah-mudahan, amin.

No comments:

Post a Comment